Bintulu Port In News

BPHB mencapai satu lagi kejayaan, kapal alumina berlabuh di Pelabuhan Samalaju

1 May 2017

BINTULU: Bintulu Port Holdings Berhad ( BPHB) mencapai satu lagi kejayaan yang membanggakan dan penting apabila kapal alumina berjaya berlabuh dalam panggilan sulung di Pelabuhan Samalaju baru- baru ini.

 Detik bersejarah tersebut dipahat oleh kapal terbabit yang memiliki beban berat 28,000 tan dengan panjangnya 180 meter dan kedalaman kapalnya (draft) 9.5 meter.

 Kapal yang dinamakan sebagai Mv Four Butterfly berlabuh di Terminal Handymax yang merupakan sebahagian daripada Kemudahan Fasa 1 yang dirancang untuk anak syarikat kumpulan iaitu Samalaju Industrial Port Sdn Bhd (SIPSB).

 Peranan SIPSB adalah menjadi tulang belakang hab logistik dan pusat saraf bagi perkhidmatan pelabuhan yang akan memberi khidmat kepada pemain-pemain in- dustri dalam Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) khususnya dalam Taman Perindustrian Samalaju.

Pelabuhan yang baharu dibina ini dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang Jun tahun ini (2017).

Kemudahan- kemudahan yang disediakan bagi operasi fasa 1 terdiri daripada empat Terminal Handymax dan satu Terminal Serbaguna Handysize.

 Terminal Handymax mampu menampung kapal dengan berat muatannya sehingga 50,000 tan, manakala Terminal Serbaguna Handysize pula mampu menampung kapal dengan berat muatan 30,000 tan.

 Seperti yang diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB Dato Mohammad Medan Abdullah, SIPSB dijangka mengendalikan 2.3 juta tan kargo melalui panggilan 145 buah kapal pada tahun ini.

 Daya unjuran kargo dijangka berkembang selaras dengan pembangunan industri berat di Taman Perindustrian Samalaju.

 

Source: Press Reader

Back