BPHB adalah syarikat terhad awam, diwujudkan pada 22 Mac 1996 di bawah Akta Syarikat 1965. Saham Syarikat disenaraikan dalam Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad pada 16 April 2001.
FAQ
MAKLUMAT KORPORAT
1. Bilakah Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) diwujudkan dan disenaraikan?
2. Siapakah ahli Lembaga Pengarah BPHB?
- Y.Bhg. Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Bin Marzuki (PENGERUSI)
- Y.Bhg. Dato Sri Fong Joo Chung
- Y.Bhg. Datuk Nasarudin Bin Md Idris
- Y.Bhg. Datu Hasmawati Binti Sapawi
- Encik Mohamed Syazwan Bin Abdullah @ Laga
- Y.Bhg. Dato' Zamzuri Bin Abdul Aziz
- Y.Brs. (Dr.) Salihin Bin Abang
Setiausaha Syarikat: Encik Rosli Bin Idris
Untuk maklumat lanjut mengenai Lembaga Pengarah, sila klik di sini..
3. Siapakah pengurusan eksekutif utama BPHB?
Ketua Eksekutif Kumpulan BPHB adalah Encik Ruslan Bin Abdul Ghani
4. Di mana boleh saya dapatkan senarai anak syarikat BPHB?
Senarai anak syarikat BPHB dan butiran mereka boleh didapati di sini.
FAQ
LAPORAN KEWANGAN & DIVIDEN
1. Bilakah BPHB mengumumkan hasil kewangannya?
BPHB mengumumkan hasil kewangannya setiap suku kewangan, dalam masa dua (2) bulan selepas tamatnya suku kewangan.
2. Adakah BPHB mempunyai polisi dividen?
BPHB belum menerima pakai polisi dividen formal dan setiap dividen yang diumumkan tertakluk kepada kelulusan Lembaga.
3. Bagaimana saya boleh muat turun Laporan Suku Tahunan dan Tahunan BPHB?
Anda dialu-alukan untuk memuat turun dan melihat kedua-dua Laporan Suku Tahunan dan Tahunan secara langsung dari laman web kami.
FAQ
MAKLUMAT PERUBAHAN SAHAM BPHB
1. Apakah tahun kewangan BPHB?
Tahun kewangan BPHB berakhir pada 31 Disember.
2. Bagaimana saya boleh mendapatkan harga saham semasa BPHB?
Harga saham semasa BPHB boleh didapati di laman web Bursa Malaysia.
3. Bagaimana saya boleh membeli saham BPHB?
Individu yang berminat boleh membeli saham BPHB melalui broker saham ahli Bursa Malaysia.
4. Masih tidak dapat mencari maklumat di laman web ini?
Jika anda tidak dapat mencarinya di laman web ini, anda dialu-alukan untuk menghubungi kami.