Langkau ke kandungan utama Langkau ke footer

Dasar Perlindungan Data Peribadi

Pengenalan

Dasar Perlindungan Data Peribadi ini (selepas ini dirujuk sebagai "Dasar Privasi") terpakai kepada Bintulu Port Holdings Berhad, (selepas ini secara kolektif dirujuk sebagai "BPHB" atau "kami") dan Kumpulan syarikatnya. ("Kumpulan") yang dimiliki atau dikawal oleh BPHB. Dasar Privasi ini menggariskan cara kami memproses data peribadi dan mematuhi keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA").

Dasar Privasi ini meliputi pengumpulan dan pengendalian data peribadi BPHB yang dilindungi oleh PDPA. Ia tidak bertujuan untuk meliputi kategori data peribadi yang tidak dilindungi oleh PDPA. Istilah "data peribadi" dan "pemprosesan" hendaklah mempunyai maksud yang ditetapkan dalam PDPA.

1. Pengumpulan Data Peribadi

BPHB mengumpul data peribadi daripada pekerjanya, pelanggan, kontraktor dan individu lain. Jenis-jenis data peribadi utama yang dikumpulkan oleh BPHB adalah berkaitan dengan butir-butir peribadi dan maklumat untuk dihubungi serta peranan organisasi pelanggan, pembekal dan kenalan perniagaan lain. Maklumat peribadi termasuk nama, kad pengenalan atau nombor pasport, jantina, bangsa, kewarganegaraan, tarikh lahir atau usia, status perkahwinan, pekerjaan, jawatan, gambar, aset, nombor rujukan cukai pendapatan, nombor rujukan pekerja kumpulan wang simpanan, nombor rujukan keselamatan sosial, butiran akaun kewangan dan perbankan. Maklumat untuk dihubungi termasuk alamat, nombor telefon, nombor faks, nombor telefon bimbit dan e-mel. Semasa menyediakan perkhidmatan profesional kepada pelanggan kami, kami mungkin akan memperoleh maklumat peribadi yang lebih terperinci.

Kami mengumpul kebanyakan maklumat secara terus dari individu apabila berurusan dengan mereka. Data peribadi yang kami kumpulkan mungkin dikemukakan dalam bentuk borang yang perlu diisi oleh individu, melalui mesyuarat, e-mel, perbualan telefon atau dari pihak ketiga. Jika anda menghubungi kami, kami mungkin akan menyimpan rekod anda itu.

Penjelasan data peribadi di atas adalah semata-mata suatu penjelasan am mengenai pelbagai jenis data peribadi yang kami kumpulkan dari pelbagai individu. Sifat data peribadi berbeza dari individu ke individu. Bergantung kepada jenis perniagaan dan keadaan, kami mungkin hanya perlu mengumpul dan memproses data peribadi yang lebih terhad daripada individu tertentu. Dalam keadaan lain, mungkin terdapat keperluan untuk mengumpul lebih data peribadi bergantung kepada jenis transaksi, perniagaan dan sebagainya. Kami tidak percaya dalam mengumpul data peribadi yang berlebihan dan apa yang kami kumpul adalah yang diperlukan untuk memastikan keberkesanan perniagaan dan urus niaga.

Anda boleh memilih sama ada untuk memberikan data peribadi anda kepada kami, termasuk data peribadi sensitif. Data peribadi yang sensitif mungkin termasuk perkara-perkara seperti maklumat mengenai kesihatan fizikal atau mental atau keadaan perubatan, pendapat politik, agama atau kepercayaan lain yang serupa, atau pensabitan apa-apa kesalahan.

Data peribadi yang anda berikan akan di kumpul, di simpan pada komputer dan / atau dalam fail manual, digunakan, didedahkan dan sebaliknya, diproses oleh BPHB dan / atau Kumpulan bagi tujuan berikut:

  1. Tujuan penilaian tender dan lain-lain tujuan yang berkaitan khusus untuk tender dan kontrak BPHB dan Kumpulan;
  2. Penyimpanan rekod dalaman kami, penyelenggaraan dan mengemaskini mana-mana pangkalan data maklumat, perkara-perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan pelanggan dan tujuan pentadbiran lain, termasuk audit, pemantauan dan pencegahan penipuan;
  3. Berkomunikasi dengan anda, termasuk menjawab pertanyaan anda;
  4. Memenuhi atau mematuhi apa-apa kehendak keperluan Undang-Undang, Peraturan yang statutori yang berkaitan dengan perkhidmatan kami serta membuat pendedahan di bawah keperluan mana-mana undang-undang, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling, kod (secara kolektif "undang-undang") yang dikenakan ke atas kami atau mana-mana syarikat Kumpulan;
  5. Penyelidikan, tanda aras dan analisis statistik; dan / atau
  6. Sebab-sebab lain yang dikehendaki atau dibenarkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 atau Undang-Undang lain.

Selain daripada di atas, kami tidak mengumpul data peribadi untuk sebab-sebab lain. Sekiranya terdapat keperluan baru untuk pengumpulan data, kami akan memaklumkan anda dan mendapatkan persetujuan anda untuk hal yang sama, di mana perlu.

Kami menganggap kerahsiaan data peribadi anda adalah amat penting kepada kami. Data peribadi yang diberikan kepada BPHB akan dirahsiakan. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, adalah penting bagi kami memberi atau mendedahkan data peribadi anda untuk tujuan yang dinyatakan di atas kepada kategori individu berikut (sama ada di dalam atau di luar Malaysia) dan di mana perlu, kami akan hanya mendedahkan data yang perlu bagi tujuan pendedahan tersebut:

  1. entiti dalam Kumpulan Syarikat BPHB termasuk syarikat yang berkaitan, anak-anak syarikat, syarikat-syarikat induk dan syarikat-syarikat bersekutu;
  2. mana-mana orang atau sesiapa yang Syarikat terpaksa atau dikehendaki berbuat demikian di bawah mana-mana undang-undang atau kerajaan, negeri, daerah, kerajaan tempatan, berkanun atau pihak berkuasa perbandaran, pengawal selia industri, agensi atau badan;
  3. pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang;
  4. sub-kontraktor atau pihak ketiga yang memberi perkhidmatan (seperti juruaudit, peguam, pembekal perkhidmatan, acara dan penganjur latihan, syarikat telekomunikasi, data back-up dan penasihat lain).

Di samping itu, sekiranya kami menganggap ianya perlu atau bersesuaian bagi maksud menjalankan perniagaan, penyimpanan data atau pemprosesan atau pengurusan pelanggan, kami boleh memindahkan data peribadi anda kepada ahli lain dalam Kumpulan, perkhidmatan pihak ketiga dalam atau di luar negara di mana BPHB ditubuhkan, di bawah syarat-syarat kerahsiaan yang ketat dan tahap perlindungan keselamatan yang sama.

Kami akan melaksanakan pentadbiran dan keselamatan perlindungan serta prosidur yang bersesuaian selaras dengan undang-undang dan peraturan-peraturan untuk menghalang pemprosesan yang tidak dibenarkan atau menyalahi undang-undang data peribadi anda dan kerugian akibat kemalangan atau kemusnahan, atau kerosakan kepada, data peribadi anda.

Kami akan menyediakan akses kepada data peribadi apabila diminta oleh individu, kecuali dalam keadaan tertentu menurut PDPA, di mana ia dibenarkan untuk kita menahan maklumat ini.

Apabila anda membuat permohonan untuk mengakses data peribadi, kami akan meminta anda menyediakan bentuk pengenalan diri bagi membolehkan kami mengesahkan bahawa anda adalah orang yang berkaitan dengan data itu.

Jika pada bila-bila masa anda ingin tahu jenis maklumat peribadi yang kami simpan tentang diri anda, bolehlah menghubungi kami dengan menulis kepada:

Bintulu Port Holdings Berhad
Lot 15, Block 20, Kemena Land District,
12th Mile, Tanjung Kidurong Road,
P.O. Box 996,
97008 Bintulu,
Sarawak, Malaysia

atau menghantar e-mel kepada kami di laman web kami: http://www.bintuluport.com.my

Sekiranya terdapat apa-apa ketidakselarasan atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia ke atas Dasar Perlindungan Data Peribadi atau Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai

Jika anda percaya bahawa data yang di simpan berkaitan anda adalah tidak betul atau tidak dikemas kini, atau menimbulkan kebimbangan bagaimana kami mengendalikan maklumat peribadi anda, bolehlah menghubungi kami dan kami akan cuba menyelesaikan kebimbangan itu.

Jika anda ingin data peribadi anda dipadamkan, sila maklumkan kepada kami dan kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memadamnya (kecuali jika perlu menyimpannya untuk undang-undang, pengauditan atau pengurusan risiko dalaman).

Jika BPHB menyedari terdapat kebimbangan atau masalah mengenai amalan privasi ini, kami akan meneliti isu-isu ini dengan serius dan berusaha menanganinya.

BPHB beroperasi dalam persekitaran perniagaan yang dinamik dan sentiasa berubah-ubah. Perniagaan kami mungkin turut berubah dari masa ke semasa mengikut perubahan keadaan pasaran. Dengan itu, dasar dan polisi kami mungkin akan diteliti dan disemak semula. BPHB berhak mengubah polisinya pada bila-bila masa dan perubahan tersebut akan dimaklumkan melalui laman web..

Pindaan Dasar atau Polisi akan terpakai untuk semua sama ada ianya telah dimaklumkan atau sebaliknya.

Dengan pemberian data peribadi, anda dengan ini bersetuju agar data peribadi anda diproses selaras dengan semua perkara di atas.

Klik disini untuk muat turun