SIAPA BOLEH MENJADI PEMBERI MAKLUMAT?
Pemberi Maklumat ialah mana-mana pekerja (atau kumpulan pekerja) Kumpulan BPHB atau orang ramai termasuk vendor, kontraktor atau pelanggan membuat pendedahan terhadap seorang pekerja syarikat itu tentang salah laku yang disyaki, yang sebenar terjadi, yang dijangka terjadi atau aktiviti yang menyalahi peraturan di dalam Kumpulan.
OBJEKTIF
- Polisi ini adalah untuk menyediakan ruang kepada semua kakitangan BPHB dan orang awam untuk mendedahkan apa-apa kelakuan yang tidak wajar mengikut tatacara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Polisi ini;
- Untuk membolehkan pihak Pengurusan dan Lembaga Pengarah dimaklumi pada peringkat awal berhubung dengan salahlaku pekerjanya;
- Untuk memberi jaminan kepada pekerja bahawa mereka akan dilindungi daripada hukuman atau layanan yang tidak adil kerana mendedahkan kebimbangan dengan niat yang baik mengikut prosidur ini (untuk memberi perlindungan kepada kakitangan dan orang awam yang melaporkan dakwaan itu);
- Untuk membantu membina budaya keterbukaan, akauntabiliti dan integrity;
- Menggalakkan Pengarah dan pekerja untuk mengekalkan etika piawaian kerja yang tinggi;
MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN
Pemberi maklumat adalah digalakkan untuk melaporkan kepada Pegawai yang dilantik dengan menyediakan maklumat-maklumat berikut:
- Butir-butir orang yang yang terlibat;
- Butir-butir dakwaan;
- Jenis dakwaan;
- Di mana dan bila salah laku dibuat ;
- Maklumat lain yang berkaitan; dan
- Sebarang bukti sokongan jika ada
APA YANG BOLEH DIDEDAHKAN?
Mana-mana kelakuan yang tidak wajar (salah laku atau kesalahan jenayah) seperti penipuan, rasuah, sogokan, kegagalan untuk mematuhi Undang-Undang atau Peraturan, perlanggaran keadilan, perlakuan yang membahayakan kesihatan dan keselamatan seseorang individu, gangguan seksual; dan menyembunyikan mana-mana perkara atau gabungan perkara-perkara di atas.
HOW TO DISCLOSE
Mengisi Borang Laporan Pemberi Maklumat, E-mel, E-Borang atau secara bertulis.
Tertakluk kepada pihak yang disyaki terlibat, pemberi Maklumat boleh melaporkan kelakuan tidak wajar kepada mana-mana individu seperti berikut:-
No. | Kes membabitkan: | Emel kepada: |
---|---|---|
1. | Semua Pekerja | Ketua Pematuhan & Integriti Kumpulan di: whistle@bintuluport.com.my |
2. | Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan | Pengerusi Jawatankuasa Audit di: chairofac@bintuluport.com.my |
3. | Ketua Kumpulan Audit Dalaman | |
4. | Lembaga Pengarah | |
5. | Pengerusi Jawatankuasa Audit | Pengerusi Lembaga Pengarah di: chairofboard@bintuluport.com.my |
Untuk mengakses Polisi & Prosedur dan Borang Laporan Perlindungan Pemberi Maklumat, sila tekan pautan yang disediakan dibawah.
PERLINDUNGAN
Semua maklumat adalah rahsia dan dijaga secara rapi. Langkah-langkah yang sewajarnya akan diambil supaya mana-mana individu yang membuat pendedahan tidak akan didedahkan kecuali mereka bersetuju atau sebaliknya.
KEPERLUAN
Jika seorang pekerja tidak pasti sama ada sesuatu perbuatan atau perkara tertentu yang tidak dibuat merupakan kesalahan di bawah Polisi ini, mereka digalakkan untuk mendapatkan nasihat atau panduan daripada pegawai yang dilantik.
THE DO’s
- Buat nota berhubung kebimbangan anda dengan segera;
- Kumpul maklumat yang boleh didapati sebagai bukti kepada perbuatan itu;
- Hendaklah Bertanggungjawab dan setiap kenyataan hendaklah sahih;
- Salurkan kebimbangan anda kepada pihak berkuasa yang berkenaan.
TEGAHAN
- Jangan berdiam diri;
- Jangan takut menyuarakan kebimbangan anda kerana maklumat tersebut adalah rahsia dan dijaga dengan rapi;
- Jangan membuat tuduhan atau dakwaan secara bersemuka dengan individu yang disyaki;
- Jangan bertindak sebagai penyiasat; jadilah saksi kepada kesalahan tersebut.
Untuk maklumat lanjut mengenai dasar pemberi maklumat, sila hubungi Ketua Pematuhan & Integriti Kumpulan 086-291362 atau e-mel kepada: whistle@bintuluport.com.my