Bintulu Port Holdings Bhd tawarkan hadiah utama RM7,500 bagi Pertandingan Mencipta Lagu Korporat
BINTULU: Bintulu Port Holdings Bhd (BPHB) menawarkan hadiah utama RM7,500 bagi Pertandingan Mencipta Lagu Korporat pihak itu pada tahun ini.
Dalam hebahan yang dikeluarkan semalam, BPHB menyeru mereka yang berbakat untuk menunjukkan kreativiti masing-masing dengan menyertai Pertandingan Mencipta Lagu Korporat Bintulu Port.
“Penyertaan adalah percuma, dan hadiah utama RM7,500 sedia untuk dimenangi,” kata hebahan tersebut.
Pertandingan itu terbuka kepada semua warga Sarawak yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Penyertaan boleh dihantar sebelum 17 November 2024.
Untuk maklumat penuh dan syarat pertandingan, orang ramai boleh merujuk pautan berikut: https://drive.google.com/file/d/1i35coIKpQh7-M4reTITx-KwtrqcW9_Ly/view?usp=sharing.
Mereka juga boleh mengimbas kod QR seperti dalam iklan hebahan.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi urus setia pertandingan di talian 012-8070569.