Langkau ke kandungan utama Langkau ke footer

Berita Bintulu Port

Media bina persepsi positif Bintulu Port kepada masyarakat
24 Dis 2024


BINTULU: Penganjuran Malam Apresiasi Media Bintulu Port merupakan tanda penghargaan kepada peranan penting media dalam menyampaikan pencapaian dan usaha Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) kepada masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif Samalaju Industrial Port Sdn. Bhd., Sufri Bohari, yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad, berkata media bukan sekadar saluran informasi, tetapi merupakan jambatan strategik yang menghubungkan Bintulu Port dengan masyarakat.

Menurutnya, liputan media yang tepat dan bertanggungjawab memainkan peranan penting dalam membina persepsi positif terhadap Bintulu Port serta menjayakan pelbagai program yang memberi manfaat kepada komuniti.

“Kejayaan Bintulu Port pada tahun 2024, termasuk perasmian Borneo Oil and Gas Supply Base, pengiktirafan Green Port, dan pelbagai program komuniti seperti Bintulu Marathon serta Sarawak Regatta, adalah lebih bermakna apabila ia dapat dikongsikan dengan masyarakat melalui liputan media,” ujarnya.

Beliau turut memuji media sebagai pemangkin dalam mempromosikan inisiatif tanggungjawab sosial korporat Bintulu Port, termasuk program Bintulu Port Prihatin dan penubuhan Anjung Kasih Hospital Bintulu. Program-program ini telah memberi impak besar kepada golongan yang memerlukan, khususnya komuniti luar bandar.

“Media membantu kami menyampaikan cerita kejayaan dan sumbangan kepada komuniti dengan lebih meluas, memastikan setiap usaha kami diiktiraf serta difahami. Peranan anda amat penting dalam menjalin hubungan yang lebih erat antara Bintulu Port dan masyarakat.

“Bintulu Port berharap hubungan akrab dengan media ini dapat diteruskan demi kejayaan bersama pada masa hadapan,” tambah Sufri lagi.