Yayasan Bintulu Port Sumbang Bakul Makanan Sempena Tahun Baharu Cina
BINTULU, 14 Januari: Sebanyak 50 bakul makanan telah disumbangkan oleh Yayasan Bintulu Port sempena sambutan Tahun Baru Cina 2025 melalui inisiatif tahunan Bintulu Port Prihatin.
Penyerahan sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengurus Besar Group Stakeholder Relations, Maslihah Tioh, kepada Pengerusi Persatuan Penganut Tua Pek Kong Bintulu, Sim Yong Huat , pada pagi tadi.
Menurut Maslihah, program ini merupakan sebahagian daripada usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat dalam menceriakan masyarakat Cina di Bintulu menjelang sambutan Tahun Baru Cina pada hujung bulan ini.
“Kami berharap sumbangan ini dapat menceriakan masyarakat Cina di Bintulu yang akan menyambut Tahun Baru Cina tidak lama lagi,” katanya.
Beliau turut menambah bahawa Yayasan Bintulu Port komited untuk terus membantu komuniti melalui pelbagai inisiatif pada masa akan datang.