Langkau ke kandungan utama Langkau ke footer

Berita Bintulu Port

Bintulu Port Holdings Berhad komitmen laksana CSR
05 Okt 2024


BINTULU: Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka di Kampung Kuala Segan, pada Sabtu.

Seramai 35 penerima terdiri daripada golongan kurang kemampuan, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya di Kampung Kuala Segan menerima sumbangan bakul makanan yang disampaikan oleh Ketua Perkhidmatan Korporat Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad, Maslihah Tioh.

Menurut Maslihah, program tahunan ini lebih istimewa dengan penyertaan pasukan Le Tour Langkawi, di mana mereka bersama-sama mengambil bahagian dalam menyampaikan sumbangan kepada komuniti setempat melalui pasukan cavalcade.

Beliau berkata inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan BPHB dalam menjalankan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat di sekitar Bintulu.

Tambahnya, pogram CSR ini merupakan salah satu langkah BPHB untuk memastikan hubungan erat dengan masyarakat tempatan, selain menyokong pembangunan sosial dan ekonomi mereka.

“Harapan kami adalah agar sumbangan ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan dan terus memberi impak positif kepada komuniti di Kampung Kuala Segan,’ujarnya.