Langkau ke kandungan utama Langkau ke footer

Berita Bintulu Port

Pengurusan Bintulu Port Holdings Berhad kunjungiYang di-Pertua Negeri Sarawak
05 Jul 2024


Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi merakam gambar bersama pengurusan tertinggi Bintulu Port Holdings Berhad di Astana Negeri Sarawak di Petra Jaya

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat pengurusan tertinggi Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) di Astana Negeri Sarawak, Petra Jaya, hari ini.

Lawatan yang diketuai ahli Lembaga Pengarah BPHB, Dato Sri Fong Joo Chung itu bertujuan bertemu Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi buat kali pertama sejak dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif BPHB, Ruslan Abdul Ghani, Pengurus Kanan Kumpulan Perkhidmatan Korporat BPHB, Maslihah Tioh serta ahli Lembaga Pengarah BPHB Datu Hasmawati Sapawi, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha, Datuk Dayang Sadiah Abg Bohan, Mohamed Syazwan Abdullah, Dr. Salihin Abang, Datuk Zamzuri Abg Bohan dan Ahmad Fauzi Sungip.