Langkau ke kandungan utama Langkau ke footer

Berita Bintulu Port

PELABUHAN BINTULU KEKAL STABIL, TIDAK TERKESAN TARIF AS
12 Feb 2026


May be an image of ‎text that says "‎SHANGHAI NIGHT ₪₪₪ח ලාල ₪₪. הקנ 取.意 OR မှတာ BERITA tv tv JABATAN JABATANPENERANGA PENERANGA Mstro AWANI AW BERITA PELABUHAN BINTULU KEKAL STABIL, TIDAK TERKESAN TARIF AS‎"‎

KUCHING, 11 FEB - Pelabuhan Bintulu kekal stabil dan tidak berdepan kesan ketara susulan pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat.

Menurut Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad Dato Ruslan Abdul Ghani, ini berikutan pendedahan perdagangan langsung dengan negara itu yang masih rendah dan lebih tertumpu kepada pasaran Asia Timur.

Tambah Dato Ruslan, struktur dagangan pelabuhan kini lebih tertumpu dengan China, Jepun serta beberapa negara Eropah.

"Jika China dan Jepun terkesan oleh tarif AS, maka secara tidak langsung kita juga akan menerima tempiasnya. Namun setakat setahun lalu, kita tidak melihat impak yang besar terhadap operasi pelabuhan setakat ini." katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Malam Penghargaan Media Bintulu Port Holdings Berhad di sini, malam tadi.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Sarawak yang juga Pengerusi Bintulu Port Holdings Berhad Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Berita RTM