Langkau ke kandungan utama Langkau ke footer

Berita Bintulu Port

Debat Premier Sarawak asah pemikiran kritis bakat muda
19 Ogo 2026


BPHB melabur dalam pembangunan bakat belia menerusi Piala Cabaran Debat Premier Sarawak (PSDC).

KOTA SAMARAHAN: Pelaburan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) dalam pembangunan bakat belia turut diterjemahkan menerusi pentas Piala Cabaran Debat Premier Sarawak (PSDC) 2026 yang berlangsung di Dewan Jubli Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak malam tadi.

Komitmen dan sokongan BPHB yang merupakan rakan platinum dalam kejohanan tersebut mencerminkan pelaburan strategik dalam pembangunan belia menerusi platform yang dapat mengasah pemikiran kritis, meningkatkan keyakinan diri serta melengkapkan anak muda Sarawak dengan perspektif yang diperlukan untuk menyumbang kepada masa depan negeri.

BPHB diwakili Pengurus Besar, Perhubungan Pemegang Taruh Kumpulan, Maslihah Tioh, Pengurus Penjenamaan, Mohd Afiq Jamhari serta Eksekutif Penjenamaan, Muhd Azhar Ahmad hadir menyaksikan PSDC.

Nilai tersebut turut selari dengan komitmen jangka panjang BPHB terhadap komuniti di kawasan operasinya.

Menurut BPHB, sokongan terhadap edisi sulung PSDC bukan sekadar satu bentuk kerjasama, sebaliknya menjadi sebahagian daripada komitmen lebih luas kumpulan itu dalam membangunkan bakat muda dan menyediakan peluang kepada generasi akan datang.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Melalui inisiatif seperti PSDC, BPHB kekal komited memperkasa suara golongan muda Sarawak dan melabur dalam modal insan yang akan memacu pertumbuhan negeri seiring dengan pembangunan infrastruktur fizikal dan perindustrian,” menurut kenyataan itu.

Menariknya, usul yang diketengahkan pada peringkat akhir berkait rapat dengan Pelabuhan Bintulu dan hala tuju pembangunan Sarawak, iaitu sama ada keutamaan pelaburan perlu diberikan kepada pembangunan bakat atau infrastruktur bagi masa depan Pelabuhan Bintulu.

Saingan akhir menyaksikan Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak yang mewakili pihak kerajaan dan UiTM Sarawak selaku pihak pembangkang masing-masing mengemukakan hujah yang bernas dan berasaskan pertimbangan strategik.

Perbahasan itu secara tidak langsung mencerminkan pertimbangan sebenar yang perlu diambil kira BPHB dalam perancangan strategiknya, sekali gus menyerlahkan kaitan dunia sebenar yang dibawa menerusi platform debat berkenaan.

UiTM Sarawak akhirnya dinobatkan sebagai juara, membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta Piala Cabaran.

Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak selaku naib juara pula menerima hadiah wang tunai RM7,000 dan sebuah trofi.

Ethan Hope Eric dari UiTM Sarawak dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Peringkat Akhir, manakala Roy Makaay Jeffery dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menerima anugerah Pendebat Terbaik Keseluruhan.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sementara itu, BPHB diwakili Pengurus Besar, Perhubungan Pemegang Taruh Kumpulan, Maslihah Tioh, Pengurus Penjenamaan, Mohd Afiq Jamhari serta Eksekutif Penjenamaan, Muhd Azhar Ahmad.

Suara Sarawak