Langkau ke kandungan utama Langkau ke footer

Berita Bintulu Port

BPHB agih sumbangan kepada enam NGO di Bintulu
04 Apr 2024


BINTULU: Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) telah menyampaikan sumbangan kepada enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Bintulu sempena Majlis Lan Berambeh Sungkei Bersama Stakeholders di sebuah hotel terkemuka di sini, petang Rabu.

Sumbangan telah disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB, Ruslan Abdul Ghani serta disaksikan Pengurus Kanan Perkhidmatan Korporat Kumpulan BPHB Maslihah Tioh.

Penerima sumbangan tersebut terdiri Urusetia Saudara Kita (USK) Bahagian Bintulu, Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Daerah Bintulu-Tatau, Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Bintulu, Pusat Perkhidmatan Warga Emas (PPWE) Bintulu, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim (PERYATIM) Bintulu dan Persatuan Anaq Vaie Bintulu (PAVB).

Majlis tersebut turut dihadiri pihak berkepentingan, wakil-wakil agensi kerajaan dan swasta serta pengurusan BPHB.