Langkau ke kandungan utama Langkau ke footer

Berita Bintulu Port

BINTULU PORT HARGAI PERANAN MEDIA MENYEBAR INFORMASI
12 Feb 2026


May be an image of television, lighting and text that says "BINTULU BINTULUPORT PORT 师 MEDIA APPRESIATION NI NISHT PPRE"KUCHING, 11 FEB - Media memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan imej dan meningkatkan kesedaran awam terhadap peranan strategik Bintulu Port Holdings Berhad BPHB.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB, Dato Ruslan Abdul Ghani berkata perkara ini seiring dengan fungsi pihaknya sebagai pintu gerbang ekonomi utama Sarawak dan negara.

Beliau menzahirkan penghargaan terhadap sokongan berterusan rakan media dalam membuat liputan aktiviti tanggungjawab sosial korporat CSR, program korporat, sambutan perayaan bersama pemegang taruh serta pelbagai inisiatif lain.

Beliau berucap demikian pada Malam Penghargaan Media Bintulu Port Holdings Berhad di sini, malam tadi.

Dedah Dato Ruslan, sepanjang tahun 2025 sahaja, Bintulu Port telah disebut dalam media lebih 350 kali iaitu secara purata sekali sehari sepanjang tahun.

Ujarnya, peranan media diiktiraf sebagai jambatan penghubung antara operasi pelabuhan dan masyarakat melalui laporan yang berfakta dan bertanggungjawab.

Kira-kira 100 pengamal media daripada agensi arus perdana, media cetak dan media digital diraikan pada malam penghargaan tersebut.

Berita RTM