Langkau ke kandungan utama Langkau ke footer

Berita Bintulu Port

109 PELAJAR CEMERLANG DIRAI, DI MAJLIS APRESIASI SeBARU 2025
16 Dis 2025


BINTULU, 16 Dis - Seramai 109 pelajar cemerlang SMK Baru Bintulu menerima pengiktirafan dalam Majlis Apresiasi Bintulu Port Murid Cemerlang SeBARU 2025, di sebuah hotel di sini hari ini.

Majlis tersebut inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Bintulu Port Prihatin kali ke tiga itu , melibatkan kerjasama berterusan antara pihak industri, sekolah dan komuniti setempat dalam menyokong kecemerlangan pendidikan.

Presiden merangkap Group Chief Executive Officer Bintulu Port Holdings Berhad, (B-P-H-B) Dato’ Ruslan Abdul Ghani berkata, program berkenaan bertujuan mengiktiraf pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam tiga aspek utama, iaitu akademik, kokurikulum dan sahsiah, selaras dengan usaha melahirkan pelajar yang seimbang dan holistik.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya, dibacakan oleh General Manager, Group Stakeholder Relations, B-P-H-B, Maslihah Tioh, di Bintulu.

"Pada hari ini, seramai 109 pelajar cemerlang akan menerima pelbagai kategori anugerah tajaan Bintulu Port, termasuk Anugerah Khas Skim Galakan Bintulu Port – 50 Pelajar , Anugerah Khas Utama Bintulu Port 2025 ,Anugerah Tokoh Kokurikulum dan Badan Beruniform – 13 Pelajar, Anugerah Terbaik SPM 2024 – 35 Pelajar dan Anugerah Peperiksaan Antarabangsa Bahasa Perancis (DELF Level) – 10 Pelajar" ujarnya.

Beliau turut menegaskan, kejayaan penganjuran program selama tiga tahun tersebut membuktikan kepentingan kerjasama strategik antara sektor swasta, pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat, dalam memperkukuh pembangunan pendidikan di peringkat tempatan. - Berita RTM Sarawak