Langkau ke kandungan utama Langkau ke footer

Berita Bintulu Port

RM100,000 WAKALAH ZAKAT PERKASA MASJID DAN INSTITUSI PENDIDIKAN DI BINTULU
28 Jan 2026


BINTULU, 29 Jan 2026 — Yayasan Bintulu Port menyalurkan agihan wakalah zakat berjumlah RM100,000 kepada masjid, surau dan institusi pendidikan di Bahagian Bintulu menerusi Program Jelajah Kasih serta inisiatif CSR Bintulu Port Prihatin, hari ini.

Agihan tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan yayasan dalam menyantuni keperluan masyarakat setempat.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bintulu Port, Datuk Ruslan Abdul Ghani, berkata amanah wakalah daripada Baitulmal Sarawak disalurkan bagi memastikan bantuan sampai secara berkesan kepada golongan yang memerlukan.

Ia sekali gus menyokong usaha kebajikan, pendidikan dan pembangunan ummah di Bahagian Bintulu.

“Agihan RM100,000 di Bintulu melibatkan empat masjid, empat surau, empat surau premis sekolah serta empat institusi pendidikan, termasuk agihan khas kepada sekolah angkat Bintulu Port, Surau SMK Baru,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh General Manager, Group Stakeholder Relations, Maslihah Tioh, pada Majlis Penyerahan Wakalah Bahagian Bintulu, pagi tadi.

Sebelum ini, agihan yang sama turut dilaksanakan di beberapa kawasan lain di Sarawak iaitu Dalat (RM69,000), Kuching (RM113,000), Matu (RM39,000), Sarikei (RM33,000), Sibu (RM39,000), Miri (RM39,000) serta RM18,000 kepada individu asnaf terpilih.

Wartawa : Iskandar Shah

RTM