Programmes

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG (APC) 2023 UNTUK PELAJAR SMK BARU, BINTULU

27 November 2023


27 November 2023 - #BPHB buat kali pertama telah melaksanakan program Bintulu Port Prihatin – Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) 2023 untuk Pelajar SMK Baru Bintulu yang dihadiri seramai 1500 tetamu yang terdiri daripada para ibu bapa, para pelajar, agensi kerajaan dan swasta, rakan media dan jawatankuasa program dari pihak BPHB dan SMK Baru

Program telah disempurnakan oleh Puan Daiana Luna Suib selaku Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.

Selain daripada anugerah yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah, turut disenaraikan 3 kategori khas daripada pihak BPHB.

Secara keseluruhan seramai 65 orang pelajar SMK Baru Bintulu dipilih untuk menerima Anugerah Skim Galakan Pendidikan Khas BPHB, Anugerah Tokoh Kokurikulum dan Badan Beruniform dan Anugerah Khas Utama Tokoh BPHB (Pelajar Cemerlang Tahun 2023).

Harapan syarikat, pelajar yang terpilih ini akan terus bersemangat untuk belajar dan bergiat akftif dalam aktiviti akademik mahupun kokurikulum di sekolah.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Pn. Maslihah Hj. Tioh, Ketua Perkhidmatan Korporat merangkap pengerusi bersama program Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) 2023, barisan Leadership Team BPHB dan tetamu jemputan yang lain yang terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta.

Back