Programmes

SUMBANGAN 'STATIONERY NEED CARE, FOOD BANK' KEPADA PELAJAR GOLONGAN B40, KOLEJ VOKASIONAL BINTULU (KVB)

4 December 2023


4 Disember 2023 - Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) 2023, Bintulu Port Prihatin - Sumbangan ‘Stationery Need Care/Food Bank’ Kepada Pelajar Golongan B40, Kolej Vokasional Bintulu (KVB). Seramai 81 orang pelajar Kolej Vokasional Bintulu (KVB) telah menerima sumbangan daripada Bintulu Port Holdings Berhad yang berupa set alat tulis dan makanan. Program ini merupakan inisiatif syarikat dalam usaha membantu golongan pelajar B40 untuk menampung keperluan pelajar-pelajar yang memerlukan.

Penyampaian sumbangan ini telah disempurnakan oleh Pn. Rozitta Tonik, Pengurus Hal Ehwal Korporat, bagi pihak pengurusan BPHB kepada Adik Patricia Britney Anak Japning (YDP MPP), disaksikan oleh En. Sahibi Bin Salleh, Pengarah Kolej Vokasional Bintulu, para guru-guru KVB. Turut hadir, En. Sukeri bin Othman, Pengurus Pengurusan Korporat dan beberapa orang pegawai daripada BPHB.

Diharapkan dengan adanya bantuan ini, ia dapat membantu meringankan beban kepada golongan pelajar yang memerlukan, khasnya dalam pembelajaran.

Back