
Pang, Ruslan (berdiri, tengah) bersama pengurusan kanan dan kakitangan BPHB merakamkan gambar kenangan semasa mengadakan perlawanan persahabatan pickleball di Bintulu, petang semalam.
BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang mengadakan perlawanan persahabatan sukan pickleball dengan kakitangan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) di gelanggang pickleball di sini petang semalam.
Acara yang bertujuan mengukuhkan persahabatan dengan kakitangan BPHB itu turut disertai Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB Dato Ruslan Abdul Ghani serta pengurusan kanan BPHB.
Sehubungan itu, Pang berterima kasih atas usaha BPHB menganjurkan acara tersebut serta menceriakan semua yang menyertainya.
"Selepas seharian bekerja, saya gembira menyertai perlawanan persahabatan ini. Semuanya bermain dengan baik melalui latihan yang telah diadakan," katanya.
Dengan kerap menyertai sukan itu, Pang berkata beliau berharap akan dapat meningkatkan permainannya dalam pickleball melalui latihan yang berterusan.
Katanya, kemenangan bukan perkara paling utama, sebaliknya peluang untuk berhubung melalui sukan, membina persahabatan dan menikmati acara sukan yang menyeronokkan dan sihat bersama-sama.
- oleh Abang Ismail Abang Su'ud (Utusan Borneo)