Skip to main content Skip to footer

Bintulu Port In The News

Yayasan Bintulu Port salur RM200,000 kepada LAKMNS bantu pembangunan masjid dan surau
28 Nov 2025


KUCHING, 28 Nov: Yayasan Bintulu Port menyalurkan sumbangan berjumlah RM200,000 kepada Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) bagi menyokong pembangunan serta pengimarahan masjid dan surau di seluruh negeri.

Penyerahan sumbangan itu disaksikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi LAKMNS di pejabat Premier di Dewan Undangan Negeri Sarawak, di sini, hari ini.

Menurut kenyataan Yayasan Bintulu Port, sumbangan tersebut merupakan usaha berterusan untuk mengukuhkan hubungan strategik antara Bintulu Port Holdings Berhad dan LAKMNS dalam memperkasa pembangunan sosial serta keagamaan di Sarawak.

Penyerahan disempurnakan Pengurus Besar Group Stakeholder Relations Bintulu Port Holdings Berhad merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bintulu Port, Maslihat Tioh,kepada Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai. — TVS