Skip to main content Skip to footer

Bintulu Port In The News

PELABUHAN BINTULU DISASAR SEBAGAI PELABUHAN HALAL SARAWAK
26 Feb 2026


KUCHING, 26 Feb – Sarawak menyasar menjadi negeri kedua mempunyai pelabuhan halal di Malaysia dengan mencadangkan Bintulu Port Holdings Berhad sebagai pelabuhan halal di negeri ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Abdul Rahman Junaidi berkata, kerajaan sedang merangka pelan strategik bagi merealisasikan hasrat tersebut.

Menurutnya, setakat ini hanya Pelabuhan Kuantan, Pahang menerima pengiktirafan sebagai pelabuhan halal daripada Majlis Pembangunan Halal Malaysia.

“Pihak pengurusan Pelabuhan Kuantan telah menghubungi kita untuk bekerjasama dalam usaha menyediakan pelabuhan halal di Sarawak,” katanya kepada RTM selepas Majlis Perasmian Bengkel Pelan Strategik Pembangunan Industri Halal Sarawak di sini, pagi tadi.

Beliau berkata, langkah itu penting bagi membolehkan Sarawak meneroka industri halal global yang dianggarkan bernilai AS$3 trilion dengan lebih dua bilion pengguna. Produk halal kini bukan sahaja meliputi makanan, malah merangkumi kosmetik, pelancongan dan farmaseutikal.

Bengkel sehari itu dihadiri 60 peserta daripada 26 agensi dan jabatan kerajaan.

RTM