
Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohamad Sanusi hari ini menghadiri Majlis Jamuan Teh Sempena Hari Lahir Rasmi Yang di-Pertua Negeri ke-80 di Kuching hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)
KUCHING, 11 Okt: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hari ini menghadiri Majlis Jamuan Teh bersempena Sambutan Perayaan Hari Lahir ke-80.
Ketibaan Tun Wan Junaidi dan isteri diiringi Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta anakanda Dayang Norjihan.
Dalam majlis sama, Tun Wan Junaidi dan isteri menyempurnakan acara memotong pulut kuning.
Majlis diteruskan lagi dengan Tun Wan Junaidi dan isteri berkenan menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 150 orang penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang terdiri daripada 26 lelaki dan 124 wanita merangkumi warga emas, ibu tunggal dan kanak-kanak.
Sumbangan wang tunai itu ditaja oleh Astana Negeri Sarawak manakala sumbangan beras dan hamper ditaja oleh Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) serta Bintulu Port Holdings.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menyampaikan cenderamata kepada Toh Puan Fauziah dan Norjihan.-TVS