Skip to main content Skip to footer

Bintulu Port In The News

Pelabuhan Bintulu sasar jadi pelabuhan tenaga hijau utama
28 Feb 2024


KUCHING: Pelabuhan Bintulu berhasrat untuk menjadi pelabuhan tenaga hijau utama bagi memenuhi keperluan tenaga hijau dan bersih dunia pada masa akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Bintulu Port Holdings Berhad Ruslan Abdul Ghani berkata, ia selari dengan visi Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang hendak menjadikan Sarawak sebagai kuasa ekonomi menerajui Malaysia dalam tenaga hijau dan bersih.

“Kami menyedari bahawa kunci dalam mencapai visi tersebut adalah dengan mempunyai infrastruktur kukuh, terutamanya pelabuhan yang cekap dan dikendalikan dengan baik,"ujarnya ketika berucap pada majlis Majlis Apresiasi Media Pelabuhan Bintulu di sebuah hotel di sini pada malam Selasa. 

Ruslan memberitahu, pelabuhan utama Sarawak yakni Pelabuhan Bintulu, merupakan pelabuhan bersepadu yang bukan sahaja mempunyai eksport Gas Asli Cecair (LNG), tetapi juga merupakan terminal eksport LNG terbesar di Asia Timur.

Menurutnya, terminal kontena terbesar di Malaysia Timur itu juga lebih besar daripada semua kontena yang ditangani oleh kesemua lapan pelabuhan Sabah yang digabungkan.

”Outlet eksport utama produk minyak sawit Pelabuhan Bintulu untuk Sarawak menyumbang 95 peratus daripada eksport negeri dengan kira-kira empat juta tan setiap setahun.

”Kami berada di kedudukan ketiga di seluruh Malaysia dengan kira-kira 50 juta tan setahun.

“Dari segi nilai/kos produk, kami boleh menjadi nombor satu, terutamanya disebabkan oleh 450 bilangan ganjil kapal LNG setiap tahun,” jelasnya.

Tambah Ruslan, satu kapal kargo LNG bernilai ratusan juta dan berdasarkan pengiraan beliau, Pelabuhan Bintulu dan Pelabuhan Samalaju yang digabungkan akan mampu mengendalikan produk bernilai hampir setengah trilion ringgit setahun.

Majlis Apresiasi Media Pelabuhan Bintulu itu turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Pengerusi Bintulu Port Holdings Berhad Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Pada majlis tersebut, Pelabuhan Bintulu menyampaikan 14 anugerah penghargaan kepada agensi kerajaan dan swasta serta rakan media lain sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan Pelabuhan Bintulu atas kerjasama dan komitmen dalam membuat liputan berita dan publisiti sepanjang tahun 2023.